Sunday, 20 September 2015

Cara Memakai Dan Memilih Bra Yang Betul

Hi ! Hari ni akak cun kembali semula di blog gadis bra . Akak cun nak share sikit tentang cara memakai dan memilih bra yang betul . Di bawah , ada beberapa panduan untuk wanita dan gadis di luar sana . 

Cara Memakai Dan Memilih Bra Yang Betul. Bra atau coli adalah pakaian dalam untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan payudara wanita. Ramai wanita yang berasa lebih yakin bila memakai bra yang selesa dan seksi. Biarpun ia sekadar pakaian dalam, namun memilih bra yang berkualiti dengan saiz yang sesuai penting dan tidak boleh dianggap remeh.

Cara Memakai Dan Memilih Bra Yang Betul

Membeli bra atau coli bukan semudah yang disangka. Ia bergantung pada bentuk badan dan saiz payudara. Kadangkala saiz bra yang sama belum tentu menjamin keselesaan bila seseorang memakainya.

AKAK CUN yakin ramai wanita diluar sana menghadapi masalah untuk memilih dan membeli bra yang sesuai dan selesa untuk dipakai.

 Jadi di bawah ini AKAK CUN kongsikan beberapa tips atau panduan untuk memilih dan membeli baju dalam.
Memandangkan bra bukan sekadar baju dalam, sebaliknya ia juga membantu membaiki postur, membentuk badan dan membuat anda berasa yakin maka anda terlebih dahulu perlulah memilih saiz ukur lilit dan ‘cup’ yang sesuai dan berasa selesa apabila dipakai.a

Untuk Payudara Bersaiz Kecil


  • Pilih bra jenis ‘push up’ kerana ia dapat membantu membuatkan payudara kelihatan lebih padat
  • Pilih bra yang jenis half cup dan bukannya full cup.
Untuk Payudara Pendulous (kebawah)

  • Pilih bra yang berdawai yang dapat menampung payudara dari bahagian bawah.
  • Selain itu pilih bra yang jenis ‘full cup’, bertali lebar dan mempunyai sokongan tambahan.

Untuk Payudara Yang Berposisi Jauh
  • Pilih bra yang memberi sokongan sisi yang dapat merapatkan posisi payudara.
Untuk Payudara Yang Berposisi Rapat
  • Pilih bra atau coli yang berdawai pada bahagian tengah untuk membantu menjarakkan kedudukan payudara.


Cara Memakai Bra Dengan Betul
1) Condongkan badan ke hadapan dan masukkan tangan melalui tali bahu.
2) Masukkan payudara ke dalam ‘cup’ bra dan selepas itu pasangkan cangkuk.
3) Pastikan payudara masuk sepenuhnya ke dalam ‘cup’. Perbetulkan kedudukan tali bahu supaya selesa.
4) Selepas itu luruskan badan dan angkat kedua-dua belah tangan. Bra yang bersaiz betul tidak akan terangkat naik.
Cara Yang Betul Menjaga Bra Atau Pakaian Dalam
  • Bila hendak mencuci pakaian dalam, jangan rendam terlalu lama untuk mengelakkan bra cepat rosak atau longgar. Rendamkan sekejap sahaja, kira-kira 10 minit menggunakan air sejuk.
  • Seeloknya elakkan mencuci bra atau pakaian dalam lain menggunakan mesin basuh. Cuci pakaian dalam menggunakan tangan supaya ia tidak mudah rosak.
  • Pilih sabun pencuci yang sesuai. Selain merosakkan bra, sabun pencuci yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kita mendapat alergi atau kegatalan.
  • Untuk mengelak bra dari cepat pudar, elak menjemurkan baju dalam di bawah cahaya matahari yang terik.
  • Jangan melipat bra kerana ‘cup’ akan cepat rosak.
Selain itu pastikan anda beli baju dalam yang berkualiti supaya dapat tahan lama. Pilih bra jenis kapas untuk membantu penyerapan peluh.

                                                         p/s :
                                  Akak cun harap korang dapat menggunakan
                                 panduan yg akak cun kongsi kan nya . Ok lah                                      sampai di sini saja yg dpt di kongsikan , nanti                                       kita bertemu di lain waktu byebye!

No comments:

Post a Comment