Friday, 20 November 2015

           Bagaimana Menyimpan Bra 

Assalamualaikum, hai! Bertemu kita kembali diblog akak cun..cunlah tu..harap adik dan akak sekelian ceria selalu..haaa..kali ni akak cun nk cite cara nk menyimpan bra.
   
Bagaimana anda menyimpan bra? Sebahagian besar wanita mungkin menjawap dengan cara memasukannya dlm laci pakaian dalam ,dalam keadaan berlipat. Cara ini cukup efisien. Namun bentuk bra akan dgn  mudah berubah. Menyangkut satu sama lain atau dngn seluar dalam dan mengancing kawatnya.
 
   Tapi sebenarnya cara yang tepat adalah dngn mengantungnya dgn gantungan biasa dgn menyangkut bahagian tengah nya. Menyimpan dgn cara ini membuat bra lebih terjaga. Adik dan akak senanglah nak memilih dan menyesuaikan bra dgn busana yg nk dipakai.
   
 Dalam satu gantungan boleh berisi tiga hingga empat bra. Jadi adik dan akak boleh siapkan byk gantungan untuk koleksi bra anda..haaa apalagi gantunglah dalam almari. Bentuk bra lebih terjaga dan tahan lama..

 

       


      p/s.oklah semoga kita ketemu lagi diblog akak cun..cunlah tu...harap dapat sedikit info..wassalam...

Thursday, 19 November 2015

Tuesday, 20 October 2015

Bertemu kembali dlm blog akak cun. Kali ni akak cun nk bercerita tentang bra, hehe apa lg klau bukan cerita bra..yelah kadang- kadang kita tidak berapa mengambil berat pasal bra. Jom kita cite pasal bra.

      Jika anda memakai bra atau coli didapati coli di bahagian tengah tidak bersentuhan dgn kulit badan anda. Ini bermakna payudara terlalu besar untuk coli anda.
 
      Jika anda memakai bra berdawai pastikan payudara tidak terkeluar dari bawah payudara anda jika ya anda perlu memilih saiz yg lebih besar.

      Bra wanita atau coli memerlukan penjagaan rapi. Bagi memelihara bentuknya dan ketahanannya. Sejujurnya wanita berkerjaya tiada masa untuk mencuci bra mereka dgn tangan, sibuk urusan kerja dan rumah tangga sekadar mencampakkan bra atau coli kedalam mesin basuh, dan biarkan mesin basuh melakukan segalanya.

      Tahukah anda dengan cara begitu ,anda telah memendekkan usia coli  anda. Oklah sekurang2nya kita ambil tahu tantang bra kita walaupun akak cun menulis dgn ringkasnya..

P/s:sehingga ketemu lg..Assalamualaikum..


Friday, 16 October 2015

Hai!hai! Bertemu kita kembali dlm blog kak cun..kali kak cun nak kongsikan sedikit tentang"Bilakah masa sesuai utk mengantikan pakaian dalam anda?
     Dah tiba masanya untuk anda membuang pakaian dlm anda dan digantikan..




Tidak elastik:

1.Keanjalan pada getah pinggang akan rosak setelah dipakai lama meyebabkan kehilangan bentuk.Ia berpontensi  untuk longgar  atau jatuh dari badan anda.Jika anda mendapati bra anda tidak  lagi elastik dibhagian belakang atau talinya,sudah tiba masanya untuk mengantikanya dgn yg baru,kerana ia tidak memberi sokongan.

 2.Apabila pakaian dalam dibasuh dgn kerap ia akan mengecut atau mengembang dngn dgn cepat terutama dibuat dari kapas,termasuk juga seluar dalam anda perlu juga mengantikanya..Payudara juga berubah tanpa anda sedari.

3.Jika pernah terjadi anda membeli pakaian dalam
tidak selesa,usah fikir dua kali ,jgn memakainya lagi.
Jika padding atau cup bra anda ranyuk atau berubah dari bentuk asal sudah tiba masanya utuk membeli bra. Perlu diingat bhawa cup bra anda harus  selaras dgn payudara anda . Jika tidak anda tidak mendapat sokongan yg anda perlu.

4.Jika hayat pakaian dlm anda adalah kurang enam bulan,walaupun ia tidak menujukan sebarang tanda-tanda seperti diatas tapi jika anda sering bertukar- tukar bra anda,anda boleh membuatnya tahan lebih lama.

Wednesday, 14 October 2015

           APA ITU UKURAN BRA 36/80.

Bertemu kita kembali diblog akak cun. Kali ini akak cun nak kongsikan. Kenapa di bra tidak ada tulisan tulisan seperti 36A  34C dll ? 36/80 ertinya lingkar bawah ukuran 36, cup 80, Ukuran bra terdiri dari 2 yaitu lingkaran bawah payudara dan cup.
                               
                                  



       Untuk menentukan berapa lingkaran bawah payudara anda,ukurlah lingkaran(keliling) pada bahagian tepat bawah payudara anda.

* Lingkar bawah payudara : 63-67 cm, ukuran bra : 30 atau 65. 
* Lingkar bawah payudara : 68-72 cm, ukuran bra : 32 atau 70. 
* Lingkar bawah payudara : 73-77 cm, ukuran bra : 34 atau 75. 
*ingkar bawah payudara : 78-82 cm, ukuran bra : 36 atay 80. 
* Lingkar bawah payudara : 83-87 cm, ukuran bra : 38 atau 85. 
* Lingkar bawah payudara : 88-92 cm, ukuran bra : 40 atau 90. 


Untuk mengetahui berapa ukuran cup bra anda, ukurlah lingkar payudara anda . Jika sudah mendapatkan hasilnya, maka kita boleh mulai menghitung untuk mendapatkan hasil berapa ukuran cup bra anda. 

Rumusnya : 
Lingkar payudara – lingkar bawah payudara + ditambah 2 cm. 
Berikut ukuran cupnya: 
* Jika hasilnya = 10-12cm, Cup A 
* Jika hasilnya = 13-14cm, Cup B 
* Jika hasilnya = 15-17cm, Cup C 
* Jika hasilnya = 18-19cm, Cup D 
* Jika hasilnya = 20-22cm, Cup E                      

Salah satu cara untuk menjaga kesehatan payudara adalah dengan mengunakan bra yang ukuran yang tepat.Banyak wanita hanya memerhatikan model bra tanpa memerhatikan ukuran,  padahal ukuran bra yg tepat dapat membuat payudara lebih cantik dan sihat.
   
    P/s : Oklah akak cun harap kita dapat sedikit sebanyak info tentang bra.Sehingga ketemu lagi.
             Wassalam...

Wednesday, 30 September 2015

                          NURSING BRA

Bertemu kita kembali diblog akak cun. Kali akak cun nk cite pasal nursing bra, senang cite bra meyusu. Ada yg tak kenal mana satu bra menyusu? alahai, akak cun kan hari-hari kt jage bra ni, akan cun tahulah... hehe...

Kak, boleh tanya mana satu nursing bra? Tulah ayat yang selalu kluar dari mulut kita. Ada jugak adik, akak yg tk kenal bra menyusu main ambik aje. Yelalah tngok pulak cantik menarik tetarik beli ajelah. Bila akan cun tanya  dik tu bra menyusu, ehh iya ke kak? tp nak pakai  pun boleh.
                 
                     Apa itu nursing bra?

Nursing bra? (bra meyusu) Nursing bra dibuat khas untuk ibu-ibu menyusu. Ia berlainan sedikit dari bra-bra biasa yg terdapat dipasaran dimana terdapat klip dibahagian nipple.



Klip bukaan yg mudah dibuka dan dipasang kembali hanya mengunakan tangan. Ini member keselesaan kepada anda apabila menyusu ditempat awam.
     
Aaa faham dh kan? terpulanglah pd adik akak nk pilih nursing bra yg ada wire atau pun tk ada wire. Bagi anda yang sedang mngandung bolehlah mula membeli nursing bra tp tunggulah kandungan tu membesar sikit. Masa ni saiz bra boleh ditentukan, yelahkan masa tu payudara pun dh mula berubah saiz bra akan naik 1 atau 2 inci dan cup pun dh ter keluar isi nya hehehe..

                               P/s :
Ok sampai di sni sahaja , byebye jumpe di lain waktu pulak :D


Thursday, 24 September 2015

                                UKURAN BRA

Adik dan akak yang manis bertemu kita kembali
di blog akak cun. Kali ni akak cun nak menyentuh tentang ukuran bra. Sebelum kita membeli bra eloklah kalau tahu saiz bra yang  dipakai. Pengalaman akak cun sebagai penjaga bra kadang- kadang buat akak cun senyum sendiri, yelah tiba- tiba tanya kita
berapa saiz yang dipakainya.

   Disini akan cun kongsi cara mencari ukuran bra.
     
LANGKAH 1 - SAIZ COLI:

Pakai coli semasa mengukur sambil berdiri. Ukur di sekeliling bawah payudara. 
Jika mendapat nombor genap, tambah 4 inci
Jika mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.


Contoh:
(a) Jika ukuran anda ialah 30 inci: 30 + 4 = 34 inci
Jadi saiz coli anda ialah 34 inci.

(b) Jika ukuran anda ialah 31 inci: 31 + 5 = 36 inci
Jadi saiz coli anda ialah 36 inci.


LANGKAH 2 - SAIZ CUP:

Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara. Jangan terlalu ketat atau terlalu longgar. Bandingkan nombor ini dengazn saiz coli anda (seperti di atas). 
Jika nombornya sama, saiz cup anda ialah A.
Jika nombornya berbeza 1 inci, saiz cup anda ialah B.
Jika nombornya berbeza 2 inci, saiz cup anda ialah C.
Jika nombornya berbeza 3 inci, saiz cup anda ialah D.
Jika nombornya berbeza 4 inci, saiz cup anda ialah E.



Contoh:
Jika saiz coli anda ialah 36 inci dan saiz cup anda ialah 37 inci.
37 (Saiz cup) - 36 (saiz coli) = 1 inci = cup B

LANGKAH 3 - SAIZ BRA:
Saiz bra = saiz coli & saiz cup = 36B

Dah  tau cara nk ukur bra kan...kali ni akak cun nk kongsikan tip kesihatan..jangan pakai bra semasa tidur.Sepanjang tidur meyekat aliran darah sekitar payudara sekaligus dapat meningkatkan canser(breast).

Sunday, 20 September 2015

Cara Memakai Dan Memilih Bra Yang Betul

Hi ! Hari ni akak cun kembali semula di blog gadis bra . Akak cun nak share sikit tentang cara memakai dan memilih bra yang betul . Di bawah , ada beberapa panduan untuk wanita dan gadis di luar sana . 

Cara Memakai Dan Memilih Bra Yang Betul. Bra atau coli adalah pakaian dalam untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan payudara wanita. Ramai wanita yang berasa lebih yakin bila memakai bra yang selesa dan seksi. Biarpun ia sekadar pakaian dalam, namun memilih bra yang berkualiti dengan saiz yang sesuai penting dan tidak boleh dianggap remeh.

Cara Memakai Dan Memilih Bra Yang Betul

Membeli bra atau coli bukan semudah yang disangka. Ia bergantung pada bentuk badan dan saiz payudara. Kadangkala saiz bra yang sama belum tentu menjamin keselesaan bila seseorang memakainya.

AKAK CUN yakin ramai wanita diluar sana menghadapi masalah untuk memilih dan membeli bra yang sesuai dan selesa untuk dipakai.

 Jadi di bawah ini AKAK CUN kongsikan beberapa tips atau panduan untuk memilih dan membeli baju dalam.
Memandangkan bra bukan sekadar baju dalam, sebaliknya ia juga membantu membaiki postur, membentuk badan dan membuat anda berasa yakin maka anda terlebih dahulu perlulah memilih saiz ukur lilit dan ‘cup’ yang sesuai dan berasa selesa apabila dipakai.a

Untuk Payudara Bersaiz Kecil


  • Pilih bra jenis ‘push up’ kerana ia dapat membantu membuatkan payudara kelihatan lebih padat
  • Pilih bra yang jenis half cup dan bukannya full cup.
Untuk Payudara Pendulous (kebawah)

  • Pilih bra yang berdawai yang dapat menampung payudara dari bahagian bawah.
  • Selain itu pilih bra yang jenis ‘full cup’, bertali lebar dan mempunyai sokongan tambahan.

Untuk Payudara Yang Berposisi Jauh
  • Pilih bra yang memberi sokongan sisi yang dapat merapatkan posisi payudara.
Untuk Payudara Yang Berposisi Rapat
  • Pilih bra atau coli yang berdawai pada bahagian tengah untuk membantu menjarakkan kedudukan payudara.


Cara Memakai Bra Dengan Betul
1) Condongkan badan ke hadapan dan masukkan tangan melalui tali bahu.
2) Masukkan payudara ke dalam ‘cup’ bra dan selepas itu pasangkan cangkuk.
3) Pastikan payudara masuk sepenuhnya ke dalam ‘cup’. Perbetulkan kedudukan tali bahu supaya selesa.
4) Selepas itu luruskan badan dan angkat kedua-dua belah tangan. Bra yang bersaiz betul tidak akan terangkat naik.
Cara Yang Betul Menjaga Bra Atau Pakaian Dalam
  • Bila hendak mencuci pakaian dalam, jangan rendam terlalu lama untuk mengelakkan bra cepat rosak atau longgar. Rendamkan sekejap sahaja, kira-kira 10 minit menggunakan air sejuk.
  • Seeloknya elakkan mencuci bra atau pakaian dalam lain menggunakan mesin basuh. Cuci pakaian dalam menggunakan tangan supaya ia tidak mudah rosak.
  • Pilih sabun pencuci yang sesuai. Selain merosakkan bra, sabun pencuci yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kita mendapat alergi atau kegatalan.
  • Untuk mengelak bra dari cepat pudar, elak menjemurkan baju dalam di bawah cahaya matahari yang terik.
  • Jangan melipat bra kerana ‘cup’ akan cepat rosak.
Selain itu pastikan anda beli baju dalam yang berkualiti supaya dapat tahan lama. Pilih bra jenis kapas untuk membantu penyerapan peluh.

                                                         p/s :
                                  Akak cun harap korang dapat menggunakan
                                 panduan yg akak cun kongsi kan nya . Ok lah                                      sampai di sini saja yg dpt di kongsikan , nanti                                       kita bertemu di lain waktu byebye!

Friday, 18 September 2015

             Cara Menyambung Bra


Selamat bertemu kembali di blog akak cun, harap semua sihat . Hari ni nak bagi beberapa panduan cara menyambung bra . Selama akak cun jadi penjaga bra, akak cun selalu peratikan adik - adik atau akak - akak  bebadan besar minat sgt nak beli bra yang dijual tapi takde saiz pulak, habis nak buat mcm mana? Akak cun nk kongsikan tips untuk adik atau akak yg bebadan besar yg mahu memakai bra yg disukai...

Cara - caranya : 
1) Ambil bra.

2) Cari penyambung bra jenis yg mcm ni.Penyambung bra 4 baris ini sangat membantu anda untuk menyambung lingkar bra anda agar menjadi lebih lebar ukurannya. Ini merupakan solusi dengan cara mudah dan murah tanpa harus membeli bra baru.





3 ) Sambungkan cangkuk di hujung bra.          

                                    

4 ) Last sekali , cangkuk macam biasa.

Kalau adik-atau akak nk cantik carilah peyambung bra yg sama warna. Agar kelihatan lebih cantik. Akak cun harap tips ini dapat kita kongsikan bersama. Jadi kita bolehlah pakai bra yg kita suka sangat - sangat, hihi sukalah tu...

                                          P/S
                         Kita bertemu lagi di lain waktu bye bye ..